#PowerToLead #PowerToChange #PowerToYou

Empowering our women and girls with the #PowerToLead, #PowerToCha
  • Home
  • Media Statement
  • VoG (PERANTIS 2025)
  • More
    • Home
    • Media Statement
    • VoG (PERANTIS 2025)
Empowering our women and girls with the #PowerToLead, #PowerToCha
  • Home
  • Media Statement
  • VoG (PERANTIS 2025)

VOICE OF GAP 2025

"Suara Wanita, Kuasa Digital & Kuasa Perubahan" 

Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY) 

Dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) / KPWKM  

Program Perantis 2025


OBJEKTIF PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memperkasa wanita terutamanya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial melalui platform digital. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), melalui Program Perantis 2025. 

  1. Politik : Menggalakkan penyertaan aktif wanita dalam pembuatan dasar dan advokasi digital. 
  2. Sosial : Meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial dalam dunia digital. 
  3. Mempersiapkan wanita untuk menyuarakan pendapat dan memainkan peranan aktif  dalam politik dan kepimpinan. 
  4. Memberi kemahiran digital dan rangkaian sokongan kepada wanita akar umbi dan pemimpin komuniti. 
  5. Membuka ruang bagi wanita untuk mengambil bahagian dalam proses pembuatan keputusan di pelbagai peringkat.



Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan / Online


OKTOBER 2025 - MAC 2026 





PENCAPAIAN DAN RUMUSAN PROGRAM

Secara keseluruhannya, program Voice of GAP 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan  

lancar dan teratur bagi kedua-dua siri. Semua sesi yang dirancang telah dijalankan mengikut  

atur cara yang ditetapkan, dengan penyertaan aktif daripada peserta dan penceramah yang  

berkaliber. 

  • Kedua-dua siri program berjalan lancar mengikut atur cara yang telah ditetapkan. Siri 1 (Fizikal) berjaya menarik 55 orang peserta di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. 
  • Siri 2 (Online) melalui Google Meet berjaya menempatkan 33 orang peserta yang sama dengan siri 1 dari pelbagai lokasi. 
  • Penceramah dan fasilitator berjaya menyampaikan ilmu tentang pemerkasaan wanita dalam politik, kemahiran digital dan AI untuk komunikasi politik dan inspirasi kepada para peserta. 
  • Sesi Recap & Perkongsian Peserta dalam Siri 2 berjaya mengukuhkan pemahaman peserta daripada Siri 1. 
  • Sesi Modul Kepimpinan & Komunikasi serta Sesi Interaktif mendapat respons yang positif  terutamanya tentang progress yang mereka telah jalankan. 
  • Dokumentasi seperti slide program termasuk rakaman video, foto, dan nota bengkel  dicadangkan dikongsikan kepada semua peserta. 
  • Objektif program tercapai sepenuhnya dalam memberdayakan wanita melalui platform  digital dan kepimpinan terutamanya dalam sektor politik kerana peserta terdiri daripada  pelbagai bangsa dan latar belakang politik.




Photo Gallery

    Copyright © 2026 GAP MALAYSIA - All Rights Reserved.

    TFC

    This website uses cookies.

    We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

    Accept